Tags
dr. adilah ahmat, endometriosis, giuliana and bill, infertility treatment, ivf, lucrin, pantai medical centre, pusrawi
happy monday peeps!
hee. Senyum2.. Ngantuk2 pon senyum. Maklumle ari senin, lambat sikit enjin nak panas kan. Hee..
Tajuk entri kali ni, never too late..huuhuu. nak cite pasal diri sendiri ni. hmm..lame jugak pikir..nak cerita to public ke tak ek pasal mende ni. ade jugak la rase segan nak cite, kot2 ade orang yang aku kenal terjumpe pulak blog aku ni..hee..tapi bile pikir2 balik, mebi ade jugak pasangan lain yang ada masalah sama/lebih kurang and mebi info yang aku bakal share sedikit sebanyak boleh beri manfaat kat orang lain.
Tengok tak reality show kat channel E!, Giuliana and Bill? Aku suke betol tengok cite tu..bagi aku, G sangat bertuah dapat somi macam Bill yang sangat2 supportive (n hensem juge..hohoho). Aku follow journey diorang sepanjang fertility treatment, dengan IVF dua kali, G dapat breast cancer, buat mastectomy, n finally tengah tunggu baby diorang (thru gestational carrier)..kadang2 emosi jugak aku layan cite diorang..kagum gile tengok couple tuh..huhu..
Ni nak cite pasal infertility jugak ni..huhu
Bagi sesapa yang sedia maklum, aku dengan encek somi dah kawen alhamdulillah 4 taon. Macam2 dugaan, pahit manis suam payau sume ade. N kami masih menunggu zuriat sendiri. Actually 1 year after marriage, aku dah pernah kene ‘potong’, buang dermoid cyst kat ovari kiri kat Pusrawi. Then kitorang terus buat treatment untuk dapatkan zuriat. tapi time tu treatment tu lebih pada aku, bukan encek somi. 3 bulan jugakla on clomid (ubat kasi telo tu banyak, selalunye sebulan de satu je telo, kire tuk tinggikan chances nak peknen la ni). sblm tu buat hsg, nak cek tiub. result ok time tu. Pon tak berhasil. Pelik jugak kan, sebab setiap kali wat ultrasound tengok telo, ade je telo tu..banyak plak tu. tapi tak lekat2 lagi. Pastu aku stop. Ye lah, skali pegi cek paling murah rm200.
Lame lepas tu, aku ingat nk tukar doc. Pas bergolek2 smbil bergoogling, aku dapat satu name doktor gynae perempuan, cantik orangnya, n dia jugak doc yang jawab2 kemusykilan yang korang ade tengok lam hmetro. Dr. Adilah Ahmat name dia. Cantik orangnya, tinggi pulak tu. Dr Adilah jugak salah sorang org penting dalam TAFF, ala program ivf tuk couple yg berpendapatan rm5k dan kebawah tu..founder dia isteri tengku mahkota pahang tu. Doktor ni kire memang specialist tuk infertility la kan..Dr. Adilah visiting doctor kat Pusrawi tapi untuk tiap petang selasa ngan kamis je.Ari2 lain dia banyak ada kat Pantai Medical Centre, Bangsar. Aku pon call Pusrawi wat appointment, then first thing yang doctor suggest tuk wat SA (semen analysis). Haaa, aku tau encek somi pon segan bab2 ni kan.
Pastu pada next appointment, doc tunjukkan slip result SA encek somi. Kuantiti sperm sikit. terkejut jugak la time tu. Boleh nampak muke encek somi berubah. Doc suggest try iui terus sebab dengan kuantiti sperm yang sikit tu peluang tuk peknen natural rendah. Okla, kitorang pon decide nk wat iui bulan tu. Then ari yang sepatutnya wat iui, doc tu ade kat PMC, so kami kenela pegi PMC pulak. register then proceed with iui. Mase iui tu lagi sekali doc tunjuk result SA encek somi, (wat iui pon kene encek somi kene ‘kuarkan’ sendiri, then diorang akan pilih yang terbaik untuk di injek masuk lam rahim). Kat PMC, SA tu diorang siapkan gredkan skali ‘perenang2′ encek somi. Kuantiti banyak sket (sikit je naik) dari aritu tapi still di consider as sikit dari sepatutnya, tapi gred yang elok, no. 4 (bergerak laju dan kedepan) sikit, cume lepas di’rangsang’ masa kat lab, peratus sperm gred no.4 meningkat banyak. Time tu baru nampak encek somi dah senyum2..doc ade pesan suh kurangkan rokok..huh.susah tu..ceh!
Pas wat iui, trus balik. Kitorang ceria je pas wat iui tu sbb rase macam peluang tu ada. siap lepak2 makan minum kat starbuck lam PMC tu lagi. 2 minggu lepas tu, kene cek darah, nak tau peknen ke tak. Pas dapat call yang iui tu failed, aku devastated! frust gile! aku dok pikir, nape negatif sebab sume result nampak elok, bilangan telo, lining kat uterus, kualiti sperm. Nape failed? Mane silapnye? Sedih betul time tu.
Then lepas tu, aku sambung jumpe doc adilah, dia suh aku test darah. dari result darah tu, doc suspek aku ade endometriosis. Endo tu penyakit yang tak diketahui ape punca dia. darah period tu ade yang keluar kat tempat lain selain dari tempat sepatutnya dia kuar. Then darah tu akan melekat kat situ. Bile dah menempel kat situ, every time kite period, tmpat yang ade lekat darah tu pon akan period sama. Lama2 mende tu akan tebal and some time akan blok tiub falopio kite. Aku explain tu based on apa yang doc adilah cite kat aku la yek. kalu nak lagi paham, boleh google aje..sume di ujung jari anda..huhuhu
Then doc suggest aku wat laparoscopy. aku redha aje, demi nak anak kan. nasib baik insurans medical yang kompeni punye leh cover hospitalisation fee. doktor kata dia akan tebuk lubang kecik je dalam 1 cm area2 pusat. pastu doc masukkan kamera ngan tools dia la untuk wat ‘keje’ kat dalam tu. cume kali ni bius penuh. mase aku kene open surgery tuk buang dermoid kat pusrawi aritu, bius separuh je. cume dicampur dengan ubat tidur, sebab aku tak sanggup nak sedar time doc tengah godek2 lam perut aku tuh.
Month after laparoscopy, doc pon explain la ape yang dia nmpak lam perut aku tu, tiub kiri aku tersumbat, belah kanan pon nyaris tersumbat. And sebab tu jugak la iui aritu failed. aku pon tak sangka boleh pulak tiub tu tersumbat, sbb taon sblm tu, hsg elok je. Dalam setaon, macam2 boleh jadi kan. Then aku kene amik injection Lucrin, khas untuk matikan endometriosis yang ade sket2 dalam ni. Selama 3 bulan, skali injec rm500 (insurans kompeni cover..pheww). Sepanjang amik injection tu, kite takkan datang period. N bile tak period, endometriosis akan mati dan hilang. Then lepas abih injection, doc suh aku wat hsg kat tawakal. tak mahal, lam rm190 je. kalu wat kat pmc, lagi mahal kosnye. aku wat hsg taon 2010 ritu kat pusrawi, mahal..rm400.
bile dah dapat result hsg, alhamdulillah, kedua2 belah tiub aku dah tak sumbat lagi dah. Senyum lebar aku lepas tu. then doc adilah suggest tuk teruskan dengan IVF aje. tak payah tunggu lame2. cadangannya nak wat long protocol. mase tu aku dok pikir2 balik. kot2 ada rezeki boleh peknen natural, lagi bagus. lagipun tiub n rahim aku alhamdulillah takde masalah mase tu. so aku decide nak hold dulu ivf tu. nak cube cara lain dulu la kununnya.
sume ni berlaku lam akhir taon lepas, 2011. then, dugaan datang..stat dari bulan dec 2011 sampaila mac 2012, taon ni..dugaan yang aku rasa paling berat sepanjang kami kawen ni. tak payahla aku nak cite panjang pasal tu. sumenye pasal emosi dan perasaan. Allah je tau apa yang aku rasa masa tuh.. Alhamdulillah masalah tu mula selesai.
Ok, cukup pasal tu..then dalam bulan lepas, period aku agak len macam sikit. aku dah mula risau. aku hold dulu, tunggu smpai next period tengok mcm mana kan. pastu next period pon sama, len macam. ish, tak boleh jadi ni. aku wat appointment dengan doc adilah lagi skali.
Pas jumpe doc tu, endo tu macam dah nak datang balik. Doc siap tanye kot2 aku ade amik pape supplement ke. Aku cakap takde, cume aku kerap minum fresh milk dengan soya. Rupenye susu lembu dengan soya tak elok untuk pesakit endo macam aku ni. lahai, patutla..huhuhu
Mase tu kan, rase nyesal pulak bile tangguh2 nak wat ivf bile sume result masih cantik. Doc mmg dah kate dengan masalah pada dedua (aku ngan asben), pencentage utk natural pregnancy tu rendah.
Jadi lepas2 ni, insyaAllah klu sume dah ok, kitorang nak proceed dengan ivf. Kene mintak loan ngan parent la nampaknye ni..huhu.
Yang penting, belum terlambat, insyaAllah. kang lagi lame tunggu lagi macam2 penyakit yang datang.
Doa2kan la yek.
**dr. adilah ade blog, http://dradilah.blogspot.com. macam2 info ade kat situ.