Tags

Season 8 ni bermula dengan sambungan dari episod last dalam season 7, Carlos dah pukul Alejandro sampai mati, just a minute sebelum monthly ke weekly dinner gathering kat umah gaby. Nasib baik time tu semua geng2 DH kecuali Renee dah sampai ke umah gaby. Of course la diorang terkejut kan. Sume panic, guest dah mule datang. Diorang sorok mayat tu dalam chest ala table yang ada kat living room. Lepas sume guest balik, diorang decide untuk tanam mayat tu kat kawasan hutan. Diorang beramai2 punggah mayat tu. Then diorang decided dan berjanji takkan bagitau pada orang lain pasal alejandro.

Lepas dari tu, ade 2 orang yang tak dapat nak terima ape yang diorang wat, Carlos dan Susan. Sampai ade sekali tu hamster mati di sekolah, susan jadi emosional bile nak tanam hamster tu. hehee. klaka pon ade. Carlos pulak asik kate nak serah diri pada polis, tapi Gabby tak bagi. Sampai Carlos masuk ke rehab, sebab addicted to alcohol. and carlos jugak decide benti keje dan wat keje untuk charity. Gabby pulak terpakse keje as personal shopper sebab nak cover belanja diorang yang sekarang dah banyak kene cut, carlos punye idea la ni. hee.

Susan pulak rase stress sampai dia join kelas lukisan. Ade satu lukisan yang dia lukis diorang tanam mayat kat hutan. n lukisan tu dipaparkan lam art event, yang susan tak bagi kebenaran pon sebenanye. Bile tengok pada lukisan susan, chuck muncul n kate yang dia syak sume orang terlibat dengan something yang serius.

Owh sebelum tu, Chuck couple dengan Bree. Tapi gabby, lynette, susan suh bree breakup dengan chuck sebab takut rahsia diorang bocor. Last2, bree putus dengan chuck, pada hari chuck nak propose bree. chuck jadi sangat marah dan sejak dari tu, dia cube blackmail bree. lagi2 selepas chuck kene siasat kes kehilangan ramos sanchez (alejandro perez).

Lynette dah dok berasingan dengan tom tapi belum cerai lagi. tom ade girlfriend name jane. lynette pernah suh anak dia yang comel, penny jadi ‘perisik’ antara tom dengan jane (bukan tom and jerry yek). hahaha. lynette buat ape je untuk dapatkan balik tom. termasukla tukar penampilan dia.

Renee pulak bercinta dengan attractive ben, kontraktor yang happen to do a construction pada tanah yang depa dok tanam mayat alejandro tu. ben terjumpe mayat tu..and bree found out..bree explain sume kat ben, then ben suh mike cover mayat tu..mike tanam balik mayat tu dan taruk simen kat atas tanah. Actually susan dah cerita sume kat mike, sebab ade 1 scene tu, mike syak susan ade affair dengan carlos, padahal diorang cume luahkan rase guilty memasing je.

Dalam pada tu, Mike jadi hero dengan cuba masuk campur bile Renee kene ugut dengan loan shark. Actually loan shark ni nk jumpe ngan Ben, tapi Renee dah bayarkan sume utang2 tu. Tapi loan shark tu tak puas hati, nak mintak duit lagi. Jahat kan? Dah tu, last2 loan shark tu tak puas hati dengan Mike, and…..one fine day, dia tembak Mike kat depan rumah Mike..depan Susan lagi. Punyela terkejut aku tengok scene tu. Tak sangka plak Mike yang mati dalam last season DH ni. wuwuwuwuuu.. 😦 .

Sedih sangat masa tengok episod diorang rewind balik pasal Mike. And lepas Mike mati, anak diorang, MJ wat perangai. Yela, tak boleh nak terima ayah dia dah takde. Pon sedih episod tu..huhu

Time tu chuck plak cube nak wat bree rase bersalah dengan panggil susan, lynette dengan gabby untuk soal siasat. mase tu susan, lynette n gabby marah kat bree, salahkan bree dan pulaukan bree. bree pressure sangat sampai one time tu dia hampir2 commit suicide, same macam mary alice young wat dulu. cume time ni bree bernasib bek sebab secare kebetulan renee datang tepat pada mase.

ish, panjang tau nk recap season 8 ni.. tapi tula, sumenye berkisar psl pembunuhan alejandro.

nak dipendekkan cite, chuck hampir nak bongkarkan sume tu, tapi dia mati. kene langgar. actually orson yang langgar chuck sampai mati. macam yang aku kate sebelum ni, orson buat ape saje semate nak dapatkan bree balik.

k, kasi pendek lagi. polis at last nak dakwa bree atas tuduhan membunuh. polis gemok tu la punye pasal. huhuhu. Tapi Bree dilepaskan tuduhan, sebab Karen bagitau kat court yang dia yang bunuh Alejandro tu, bukan Bree. Karen terdengar masa Gabby dok cakap2 pasal pembunuhan tu kat Carlos and decided to help Bree. Karen sebab dah tua and terminally ill, tak dikenakan hukuman pape pon.

Conclusion pada ending climax cerite ni

  1. Karen mati (sebab kanser),
  2. Bree kawen dengan lawyer dia tu, nama Trip. Diorang pindah kat mana ntah, Bree join club untuk wanita konservatif. Trip galakkan dia join politik. N she finally become a senator kentucky. Gile! senator tu!!
  3. Renee kawen dengan Ben
  4. Lynette balik pada Tom, dia terima keje kat NY (yang Katherine offer dia tu), beli umah yang cantik, n ada ramai cucu..hehehe
  5. Gabby jadi successful businesswoman, selepas Carlos develop satu portal tuk Gabby, khas untuk fesyen. and Gabby turut ada talk show dia sendiri.

Cerita Desperate Housewives ni bagi aku sangat best. Banyak bagi impak emosi kat aku..huhu

Owh, and aku terjumpe satu wiki khas untuk DH ni,

http://desperatehousewives.wikia.com

Semua ada kat situ, history, characters, complete!!

kelas kau jah!

Advertisements