Tags

, , , , , , , , ,

Desperate housewives ~ one of my favorite series.

suke sangat dengan series DH ni..aku follow sejak dari season 1 lagi..macam berhantu tau..dah tengok satu episod, rase nak tengok lagi..dan lagi..dan lagi..sampai aku pernah beria2 nak beli set dvd cite DH ni (tapi tak beli pon..huhuhu)..time tu still student, duit tak bape nan hado..huhuhu..n skang ni kan sumenye bleh di donlod..hee..lagi puas bile kite ada complete set tuk satu2 season tu..bleh layan sampai lebam..eh, mak siyes ni tau!

wisteria lane. suke gile tengok rumah2 dalam series tu. rumah yang cantik, besar, ade garaj, garden depan umah dengan white fences..bersih..bestnye kalau dapat dok kat umah yang macam tu kan..kat malaysia ni, mebi kawasan perumahan mewah je ade ala2 macam kat wisteria lane tu..umah mak sedara aku yang kat Setia Eco Park tu salah satu..rumah kat situ lahai, besar2 nya hadoinye pun..n harge pon besar jugak..juta2 gitu.. rega umah kt kawasan kl/selangor ni dah banyak yang cecah sejuta and lebih..gile..bape la nak bayar bulan2 kan..umah kitorang yang reganya tak sampai 250k pon dah seribu lebih tiap2 bulan..tapi kan..kalu la dapat umah macam tu, memang heaven..ari2 aku rajin kemas umah..kikikiki..

Gabby's house

Gabby’s house **from http://desperatehousewives.wikia.com

— Setia Eco Park **pic dari http://www.ahyer.com

Haa, lawa kan..6 bedrooms, 6 toilets..besar! aih, kene kerje keras ni nak beli umah macam ni.

K, sambung plak untuk main actors dalam DH ni..

Mary Alice Young (Debra Strong)

Mary Alice Young **http://www.tvfanatic.com/

Suara latar almost semua episod dalam DH ni. Watak dia mati bunuh diri dalam episod pilot season 1. Commit suicide sebab rase bersalah atas crime yang pernah dia wat dolu2. Actually dia tak boleh nak mengandung n pernah beli baby illegal dari sorang minah drug addict. Nak jadi cerita, minah tu datang balik nak tuntut anak tu. Mary Alice ‘ter’bunuh minah tu dan sebab nak sorok mayat tu, mary alice dengan husband dia, Paul Young tanam mayat tu kt kolam umah diorang (aigoo)..then lame pastu ade pulak jiran dia dapat tau kisah tu dan cuba blackmail mary alice. mary alice tertekan then decide to end her life…**penggg (eh bunyik pistol gitu ke) kat dahi..huhuhu..dari cerite tu kan, Mary Alice ni macam surirumah yang baik, ala2 macam Bree Van De Kamp, cume Bree lebih elegan dan mewah..muahaha..eh?

Susan Delfino (Teri Hatcher)

Suka tengok Susan. Cantik tapi a bit clumsy. Susan ada 2 orang anak, Julie ngn MJ. Julie tu anak Susan dengan xhubby, Karl Mayer. Julie cerdik orangnya. Lain betol dari mak dia. hihhiihi. Dalam season 8, Julie balik umah mak dia and she’s pregnant! anak sape tau..jeng jeng jeng…Porter Scavo!! Yes, salah sorang kembar  nakal dalam Scavo tuh. hehehe. tak sangke kan. hihihih. Ada satu episod tu, Susan cube ingatkan balik cereal day yang julie pernah suke mase kecik2. Ni kes nak pujuk Julie la ni. Time tu la Julie cerite balik kat Susan yang dulu2, mase dia kecik, dia yang jaga susan, bukan susan yang jage Julie. Cereal day tu rupenye disebabkan Susan sangat emosi (mase Karl tinggalkan dia), Susan xterurus..tak masak..tu yang Julie cume makan cereal je, sebab Susan tak masak, kes emosi..ish, time tengok crite tu kan, rase sedih 😦 lagi2 part Mike mati kene tembak dengan loan shark. MashaAllah, time tu aku nangis beria..nangis yang siap ade sendu2 tuh..sedih sangat..lagi ade episod tu diorang recall balik kebaikan Mike pada sume2 yang ade kat Wisteria Lane tu. MJ (Maynard James Delfino) pulak anak Susan dengan Mike.

hmm, dulu2 kan pernah tengok Teri Hatcher berlakon as Lois dalam drama series superman. Lupe dah taon bile.

Gabrielle Solis   (Eva Longoria)

Gabrielle or Gabby, a petite gorgeous housewife kat wisteria lane ni. Berkahwin dengan Carlos Solis (hensem bile takde janggut). Bekas model. Suke berpenampilan cantik, seksi. tapi ade satu mase tu Carlos jadi buta (temporary je), takde keje. time tu Gabby jadi a bit selekeh, gained weight sket. And diorang ade 2 orang anak, Juanita ngan Celia Solis. dedua chubby plus rambut kinting. heee. Suke tengok Gabby terkodek2 jalan dengan heels yang tinggi ya amat. Season 8 ni sebenarnya banyak berkisar tentang bapak tiri gabby, Alejandro Perez yang dah mati (Carlos tak sengaja pukul pale alejandro bile terserempak dengan alejandro cube nak *tittut* dengan Gabby) and mayat tu diorang tanam beramai (susan, bree, lynette,gabby,carlos) dalam hutan. Alejandro ni sebenarnya memang dah pernah molested Gabby sejak Gabby kecik. Sebab tu jugak la Gabby lari dari umah and then jadi model. Jahat kan bapak tiri Gabby ni. Memang deserve pon mati macam tu. huhuhu.

Owh episod diorang tanam mayat tu actually kat episod last dari season 7. Tu wat aku tak sabar2 nak tunggu season 8 nak tau cite. Pandai kan orang yang wat cite ni. Kreatif.

Lynette Scavo  (Felicity Huffman)

Lynette Scavo, was a successful career woman. Workaholic. Tapi last2 jadi housewife, dok umah jaga anak 5. Dua kembar (Preston dan Porter -yang sangat nakal), Parker, Penny n yang bongsu, Paige.kawen dengan Tom Scavo (hmm, tadi dah google gambar Tom, ensem dalam gambar). Lynette ni watak dia suke control. Dia sangat suke kontrol life famili dia. Dan sebab tu jugak dia last2 hampir2 berpisah dengan Tom. isk, tak suke la cite pasal cerai2 ni. Sensitip mak. huhuhu. Lynette pernah disahkan ada kanser but she survive! tak ingat dah kanser ape. Owh lynette kureng ngam sket dengan mak mertua dia. heee. standard la kan. kekeke. Sedih jugak part Lynette ngan Tom, part diorang break-up. Tapi at the end of season 8, they managed to save their marriage. Yeay!

 

Bree Van De Kamp (Marcia Cross)

Bree, housewife yang elegan, klasik, sangat pandai masak, sopan, kuat agama. Tapi life dia macam disaster sket sejak kematian husband dia, Rex Van De Kamp. best je sebut name Van De Kamp ni. Anak dua orang, Danielle, anak dara dia yang slalu bermasalah, dengan Andrew, pon same. gay some more. huhuhu. Tapi dia sangat berjaya dalam bisnes dia, catering. Siap ade buku masakan lagi. Ex husband dia yang dah jadi crippled, Orson Hodge jadi jahat dalam season 8 ni. Orson slalu je pantau Bree sebab nak dekat balik dengan Bree, termasuk la time diorang tanam mayat alejandro ramai2 tu, tapi care dia tu tak betol! uih, mcm lawyer plak aku ni..last2 Bree tau jugak kebenaran. Tak puas ati, Orson hantar sume bukti2 ke polis. Ade pulak polis gumuk yang tak puas ati sebab kawan dia, Chuck dah mati, Polis gemok tu syak Bree yang bunuh Chuck. Eh lupe nak cite pasal Chuck, Chuck adelah boipren terbaru dalam season 8, ade jugak terselit sket2 dalam episod last season 7. Chuck berubah jadi jahat bile Bree reject dia. Chuck siap dah beli cincin n plan nk propose bree. lepas kene reject tu, Chuck slalu je blackmail Bree, sebab dia rase Bree ade kaitan dengan pembunuhan Alejandro (mase tu Chuck tak tau mayat tu name betol dia Alejandro perez). polis gemuk tu sampai usik evidence semate nak convict Bree dengan pembunuhan tu.

 

Renee Perry  (Vanessa William)

Renee, watak baru ni muncul stat pada season 7. Adalah kawan skolah lame pada Lynette. pada season 7, renee stay kejap kat umah Lynette, mase tu renee baru bercerai dengan husband dia, player baseball yang kaye dan mude. Kelakar jugak tengak gelagat renee ni. Ada sekali tu dia bawak anak lynette, Paige gi datim. hehehe. pastu lam season 8, dia berjumpa n couple dengan Ben Faulkner (with sexy aussie accent). Sampaila one day Renee gune ‘chinese love fluid’ sebelum diorang ‘ehem ehem’. Nak jadi cite, renee alergik dengan fluid tu, abih sume bengkak2. dah macam monster pon ade..hehee. Seorang yang seksi dan berani..omputih kate, sexy and bold. heee. Sejak dok umah Lynette, Renee bleh nampak yang lynette sangat kontrol tom and kadang2 sampai menjatuhkan maruah tom pon ade. siyes, kadang2 aku rase nyampah ngan lynette bile dia buat gitu. rase kesian kat tom. huhu..bile renee cube bagitau lynette, lynette tak boleh nak terima memula. lynette syak yang renee ade affair pulak dengan tom. At last, renee carik jugak umah lain dan pindah. Renee dok kat umah Edie. Ingat Edie tak? Watak Edie dah mati, accident. tak ingat season berape. Dalam kes pembunuhan Alejandro, Renee sorang je yang tak tau ape2 pasal kes tu. owh, renee fobia dengan orang kenit. eh?

Vanessa William pon ade berlakon dalam ugly betty series. Tu pon aku suke layan, best!

 

Dah abih serba sikit pasal main actors dalam DH ni.

Lastly nak recap season 8, bules? 😛

part 2 plak yek